Saturday, February 21, 2009

Travel To Pulau Ketam...


Khamis,19 Feb 09.....

Aku ke Port Klang bertemu dengan En.Malek untuk survey tentang dunia laut.....
Setiba aku di sana....aku jadi terpaku... leka dengan keindahan suasana laut di Port Klang.. Aku di bawa En.Malek ke Pulau Ketam dengan menaiki speed boat kepunyaan rakannya... Memang menyeronokkan..... Takkan ku lupa pengalaman yg menarik ini...
Perjalanan ini juga disertai bersama pelancong dari Mongolia....
Mereka pelajar dari Limkokwing..... Sporting habis dorg ni....
Sempat juga aku bergambar dengan dorg.....
Tiba di Pulau Ketam aku tunaikan dulu kewajipan aku.... Solat Zohor...
Kemudian baru tengok2 keindahan pulau... Menarik juga.... Pulau yg hanya mempunyai kenderaan 2 tayar saja yg ada.....lain sume atas laut.....bot la tu...hehehhe... suasana yg aku rindu selama ini kini terubat juga....mmg best la kat sana.....Klu tak caya cuba la pergi....
Cuti2 Malaysia................


Rakan Sekuliah Ku....Ceria Selalu......














Ceria nyer rakan2 ku......
Bachelor Sains Komputer semester 4.......
Time ni dlm kuliah....lecturer tak dtg lg...
so...posing je la...
Kami sentiasa ceria dlm kuliah....
Ape masalah sentiasa bersama..
Tak kedekut ilmu....
Lupa lak nak kenalkan rakan2 ku ini.....

Dari kiri...bertudung hitam adalah akma....
kemudian sebelah die tu kak fida....
then tudung merah tu aku la.....
hehehhehehe.........
sebelah aku tu.....pooi san....n tg tinggi tu thilagah... last one yg pose cantik tu....L....
sporting habis rakan2 ku ini.....Ini la dunia ku......belajar selagi mampu...
Tak lama dah....tahun depan habis la.....ni nak score habis CGPA ni.......hehhehe

Monday, February 9, 2009

Ingatlah!!!!

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan,
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa,
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Saturday, February 7, 2009

Apply Streamyx Now!!!!



Tak perlu bersesak ke TM Point untuk mendaftarkan talian Telefon Rumah dan talian Internet
Streamyx.....


Kami menyediakan kemudahan........
>> Register new line phone
>> Register Streamyx
** Tiada sebarang pembayaran yang akan dikenakan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya:
Miss Nur ( 013-3467564 )
@

Keluarga Ku Tersayang........




Ku lahirkan dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan bahagia..... Cukup kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh mak ayah......




Kakak ku yang sulung bernama Daliela atau nama panggilan Kak Long sebab die yg sulung.... hehehe....sudah berkahwin dengan suaminya yang bernama Abg Saiful..... mempunyai 4 cahaya mata ( 3 gurlz...1 boyz...)....iaitu..Ain, Ikhwan, Aina dan Aini......

Kakak ku yang kedua bernama Norliwati...lebih dikenali sebagai Kak Ngah...juga sudah kahwin dengan Abg Fauzi... Mempunyai 3 hero....






Yang lain nyer....adikku no 4 yang bernama Nur Amirah kini cume seorang penganggur terhormat.....suruh blajar tak nak..suke hati la...nak paksa tak guna.... N hero kami yg bongsu... Mohammad Fatihin namanya..... Nak kata nakal..tak..cume degil je.... maklum la..anak kesayangan...anak lelaki tunggal.... hehhehehe.....

Inilah Keluarga Ku Yang tersayang.................

Thursday, February 5, 2009

Aku Impikan Diri Ku......

Aku impikan diriku......
Yang sentiasa ghairah bertasbih...
Mengadu rindu kepada-Nya...
Mengasihi-Nya sepenuh jiwa dan raga...
Mencintai-Nya sekuat hati...

Aku impikan diriku......
Yang sentiasa mengalirkan air mata...
Akibat rinduku kepada penciptaku...
Kecintaanku kepada-Nya...
Hatiku sentiasa bergetar...
Apabila nama Tuhanku disebut...
Jantung ku berdegup kencang...
Bila disebut azabnya...
Tetapi tenang semula...
Bila dicerita kasih sayang-Nya yang Maha Luas...

Aku impikan diriku......
Setiap detik mengingati-Nya...
Akan nikmatnya yang tidak terhingga...
Kerana aku tiada apa-apa...
Dialah yang Maha Pemberi...

Aku impikan diriku.....
Yang sentiasa bertawakal pada-Nya...
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku...
Maha suci dari menzalimiku...
Kerana Dia penciptaku...
Yang penuh dengan kecintaan kepada makhluk-Nya