Aku impikan diriku......
Yang sentiasa ghairah bertasbih...
Mengadu rindu kepada-Nya...
Mengasihi-Nya sepenuh jiwa dan raga...
Mencintai-Nya sekuat hati...
Aku impikan diriku......
Yang sentiasa mengalirkan air mata...
Akibat rinduku kepada penciptaku...
Kecintaanku kepada-Nya...
Hatiku sentiasa bergetar...
Apabila nama Tuhanku disebut...
Jantung ku berdegup kencang...
Bila disebut azabnya...
Tetapi tenang semula...
Bila dicerita kasih sayang-Nya yang Maha Luas...
Aku impikan diriku......
Setiap detik mengingati-Nya...
Akan nikmatnya yang tidak terhingga...
Kerana aku tiada apa-apa...
Dialah yang Maha Pemberi...
Aku impikan diriku.....
Yang sentiasa bertawakal pada-Nya...
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku...
Maha suci dari menzalimiku...
Kerana Dia penciptaku...
Yang penuh dengan kecintaan kepada makhluk-Nya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment